Assalamualaikum dan salam sejahtera. Buat julung-julung kalinya pengurusan pra sekolah Sk Rantau Panjai telah menyambut hari lahir murid pra sekolah yang lahir pada bulan Januari hingga Mac. Biasalah, di sekolah pedalaman ni agak 'rare' untuk melihat sambutan-sambutan sebegini diadakan jika bukan kerana usaha daripada guru-guru itu sendiri. Alang-alang sambutan hari lahir ini dibuat, beberapa orang guru juga turut disambut hari lahirnya termasuklah saya. Al maklumlah cikgu pun nak tumpang sekaki jugak, hehehe.... Walaupun komuniti sekolah agak kecil, sambutan yang sederhana ini menjadi sangat meriah dan murid-murid merasakan mereka dihargai oleh para guru. Ini dapat mencetuskan semangat mereka untuk datang ke sekolah. Gambar-gambar sepanjang majlis sambutan bolehlah dilihat di ruangan Photos. Bukan apa, kalau letak kat sini, agak serabut juga, jadi lebih elok dan baik sekiranya saya wujudkan satu ruangan untuk gambar-gambar sahaja. Jadi, tidaklah bahagian ini akan 'hang' sebab gambar-gambar tengah 'loading'...hehe. Apa-apa pun, saya harap anda 'enjoy' dan boleh komen di bawah sekiranya ada cadangan yang lagi bernas.
0 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada 28 Mac 2017 yang lalu, SK Ulu Yong telah mengadakan lawatan muhibbah ke sekolah saya iaitu Sk Rantau Panjai. Lawatan mereka bertujuan untuk melihat keadaan asrama-asram, dewan makan dan persekitaran sekolah di samping bertukar-tukar idea untuk meningkatkan lagi prestasi kedua-dua sekolah baik dari segi akademik mahupun kokurikulum. Lawatan ini juga dapat mengeratkan hubungan antara guru-guru dan kakitangan sekolah. Untuk melihat gambar-gambar sepanjang lawatan sila klik ruangan bahagian Photos di atas. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives |